JANJITEMU

Berapakah tempoh masa yang di ambil untuk mengesahkan janji temu yang di buat secara atas talian?


Pengesahan janji temu adalah secara AUTOMATIK. Sebaik sahaja permohonan berjaya dihantar, permohonan janji temu adalah diterima.




Adakah Jabatan mengingatkan saya mengenai urusan janji temu saya?


Satu notifikasi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) akan di hantar kepada anda 24 jam sebelum masa janji temu. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyemak status SMS dan jadual janji temu anda dalam Akaun Pengguna.




Berapakah tempoh masa janji temu yang ditetapkan bagi setiap kali perjumpaan?


Tempoh yang ditetapkan adalah selama 45 minit sahaja bagi tiap-tiap sesi. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada Pegawai tersebut semasa sesi janji temu dijalankan.




Adakah saya boleh memilih pegawai yang ingin saya berurusan?


Urusan janji temu Pegawai lain bersama dengan Pemohon ditetapkan oleh Jabatan melalui sistem iAMS.




Adakah semua agensi menggunakan platform iAMS bagi menetapkan sesi janji temu?


Buat masa ini, hanya agensi berikut sahaja yang menggunakan platform iAMS bagi tujuan penetapan urusan janji temu: 1) Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Perak 2) Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Johor 3) Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Kedah 4) Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Melaka 5) Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri Sembilan 6) Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) WPKL 7) Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Pahang 8) Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Kedah 9) Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Perlis 10) Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Pulau Pinang 11) Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Ibu Pejabat




Bolehkah saya boleh menunda atau menukar tarikh janji temu yang telah ditetapkan secara atas talian?


Sebarang permohonan, pembatalan dan penjadualan semula perkhidmatan BOLEH dilakukan melalui Akaun Pengguna. Pemohon perlu mendaftar sebagai pengguna.




Adakah bayaran dikenakan bagi setiap sesi khidmat perundingan atau nasihat yang diberikan?


Tiada. Perkhidmatan yang dibekalkan adalah PERCUMA.




Sekiranya saya gagal hadir pada masa atau hari yang ditetapkan, adakah janji temu saya terbatal?


Anda perlu hadir pada masa dan hari yang ditetapkan. Sekiranya gagal, janji temu anda akan terbatal secara automatik. Sila pastikan hadir 10 minit lebih awal sebelum sesi dijalankan.




Bagaimana sekiranya saya ingin mengetahui mengenai perkhidmatan ini dengan lebih lanjut?


Anda boleh menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan (PKP) kami untuk keterangan lanjut ditalian 05-2417181.




Saya menghadapi masalah untuk membuat tempahan menggunakan sistem iAMS melalui telefon pintar (smartphone).


Anda boleh mengubah tetapan paparan (view setting) pada paparan telefon anda. Pergi ke bucu kanan atas paparan web, kelihatan 3-titik dan ubah tetapan paparan kepada Open in Browser.