PERKHIDMATAN JANJI TEMU

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Hakmilik Strata

  • Perundingan Tatacara Permohonan, Semakan Kualiti dan Kelulusan CPSP

    • Perbincangan menjurus kepada aspek - aspek perundangan dan teknikal sebelum permohonan, serta semasa memproses dokumen yang dihantar​ di Peringkat I bagi tujuan kelulusan CPSP.

  • Perundingan Semakan PAB dan Pengeluaran Pelan Hakmilik Strata

    • Perbincangan menjurus kepada kualiti kerja penghasilan pelan akui bangunan serta penghasilan pelan hakmilik strata semasa Peringkat II.​

  • Perundingan Pindaan dan Pengeluaran Pelan Strata Berdasarkan Perintah Mahkamah / Surat PTG

    • Perbincangan menjurus kepada permasalahan dalam membuat pindaan, kandungan pindaan, penambahan folio pelan pindaan, dokumen tambahan yang diperlukan, serta beberapa aspek-aspek teknikal dalam meluluskan pindaan dan pengeluaran pelan hakmilik st​rata gantian.​

Hakmilik Tanah
  • Perbincangan Semakan / Penyelesaian Status Lot Tanah Yang Didaftarkan
    • Perbincangan dan pertanyaan status lot baru dan lot lama yang telah didaftarkan.

  • Perbincangan Penyelesaian Permohonan Ukur (PU) Bermasalah
    • Perbincangan menjurus kepada PU yang dikemukakan oleh PDT, PTG dan JKPTG bagi pelbagai urusan pertukaran hakmilik, pemberimilikan, serah balik dan beri milik semula dan pengambilan tanah bagi tujuan pemajuan projek Kerajaan. 

Pewartaan

  • Perundingan Isu Teknikal dan Perundangan Perizaban  

    • Semakan dan pertanyaan berkaitan rizab tanah melayu, tanah kerajaan dan lain lain isu perizaban tanah.

  • Khidmat Nasihat Berkaitan Persempadanan Negeri​

    • Perbincangan menjurus kepada pertikaian dan penyelesaian persempadanan darat dan maritim​.

Jurukur Daerah

  • Khidmat Nasihat Tatacara Pemohonan Ukur 

    • Perbincangan dan semakan dokumen Pemohonan Ukur

  • Ujian Kalibrasi Alat Total Station​

    • Permohonan untuk membuat ujian alat Total Station 

  • Pengambilan Kunci Tapak Kalibrasi EDM, Total Station atau GPS

  • Semakan Status Lot Tanah

    • Menyemak status lot tanah yang di ukur​.

  • Permohonan Cerapan Penandaan Arah Kiblat

    • Permohonan hendaklah dibuat oleh Jabatan Mufti berdasarkan tarikh yang telah dicadangkan​

Kawal Selia Ukur Kadaster 

  • Perundingan dan Semakan Kerja Luar Juruukur Tanah Berlesen & Juruukur Daerah

    • Perbincangan menjurus kepada kualiti hasil kerja pengukuran di lapangan oleh JTB atau JUD yang tidak mencapai piawaian yang ditetapkan oleh JUPEM. 

Pangkalan Data Pelbagai

  • Perbincangan Perkhidmatan dan Pemetaan Utiliti

    • Perbincangan menjurus kepada perkongsian maklumat, kaedah dan prosedur berkaitan utiliti.

  • Khidmat Nasihat Berkaitan Persempadanan Daerah dan Mukim

    • Perbincangan menjurus kepada semakan kedudukan sempadan sempadan daerah dan mukim.

    • Status lot di dalam daerah dan mukim

  • Perbincangan Perubahan Daerah dan Mukim

    • Perbincangan menjurus kepada bentuk lot-lot yang berkaitan dengan Data NDCDB.​

Pentadbiran dan Pengurusan Jabatan

  • Perbincangan Bersama Pengurusan Jabatan

    • Perbincangan bersama pihak pengurusan Jabatan berkaitan skop kerja di atas perlu mendapat saranan daripada Pegawai.

  • Penyerahan Dokumen Kewangan / Perolehan

    • Penghantaran dokumen kepada Seksyen Pentadbiran dan Kewangan.

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Wisma JUPEM, Jalan Sultan Yahya Petra, 50578 Kuala Lumpur  Tele: 03 - 2617 0800  Faks: 03 -2691 7457  Web : www.jupem.gov.my 
  • Facebook

Hakcipta Terpelihara (C) 2020 Jabatan Ukur dan Pemetaan Perak

Versi 3.0 | Tarikh Kemaskini : 24 Februari 2021