PERKHIDMATAN JANJI TEMU

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Hak Milik Strata

Tatacara Permohonan, Semakan Kualiti dan Kelulusan CPSP


Perbincangan menjurus kepada aspek - aspek perundangan dan teknikal sebelum permohonan, serta semasa memproses dokumen yang dihantar​ di Peringkat I bagi tujuan kelulusan CPSP.




Semakan PAB dan Pengeluaran Pelan Hakmilik Strata


Perbincangan menjurus kepada kualiti kerja penghasilan pelan akui bangunan serta penghasilan pelan hakmilik strata semasa Peringkat II.​




Pindaan dan Pengeluaran Pelan Strata Berdasarkan Perintah Mahkamah / Surat PTG


Perbincangan menjurus kepada permasalahan dalam membuat pindaan, kandungan pindaan, penambahan folio pelan pindaan, dokumen tambahan yang diperlukan, serta beberapa aspek-aspek teknikal dalam meluluskan pindaan dan pengeluaran pelan hakmilik st​rata gantian.​​





Hak Milik Tanah

Semakan / Penyelesaian Status Lot Tanah Yang Didaftarkan


Perbincangan dan pertanyaan status lot baru dan lot lama yang telah didaftarkan.




Penyelesaian Permohonan Ukur (PU) Bermasalah


Perbincangan menjurus kepada PU yang dikemukakan oleh PDT, PTG dan JKPTG bagi pelbagai urusan pertukaran hakmilik, pemberimilikan, serah balik dan beri milik semula dan pengambilan tanah bagi tujuan pemajuan projek Kerajaan.





Pewartaan

Isu Teknikal dan Perundangan Perizaban


Semakan dan pertanyaan berkaitan rizab tanah melayu, tanah kerajaan dan lain lain isu perizaban tanah.




Persempadanan Negeri​


Perbincangan menjurus kepada pertikaian dan penyelesaian persempadanan darat dan maritim​.





Juruukur Daerah

Khidmat Nasihat Tatacara Pemohonan Ukur


Perbincangan dan semakan dokumen Pemohonan Ukur​




Semakan Status Lot Tanah


Menyemak status lot tanah yang di ukur​.




Permohonan Cerapan Penandaan Arah Kiblat​​


Permohonan hendaklah dibuat oleh Jabatan Mufti berdasarkan tarikh yang telah dicadangkan​




Pengambilan / Pemulangan Kunci Tapak Kalibrasi EDM, Total Station atau GPS


Pengambilan / Pemulangan kunci selepas mendapat kelulusan menjalankan ujian kalibrasi atau selepas selesai menjalankan ujian kalibrasi.





Kawal Selia Ukur Kadaster

Semakan Kerja Luar Juruukur Tanah Berlesen & Juruukur Daerah


Perbincangan menjurus kepada kualiti hasil kerja pengukuran di lapangan oleh JTB atau JUD yang tidak mencapai piawaian yang ditetapkan oleh JUPEM.





Pangkalan Data Pelbagai

Perkhidmatan dan Pemetaan Utiliti


Perbincangan menjurus kepada perkongsian maklumat, kaedah dan prosedur berkaitan utiliti




Perubahan Daerah dan Mukim


Perbincangan menjurus kepada bentuk lot-lot yang berkaitan dengan Data NDCDB.​




Persempadanan Daerah dan Mukim


Perbincangan menjurus kepada semakan kedudukan sempadan sempadan daerah dan mukim.





Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Wisma JUPEM, Jalan Sultan Yahya Petra, 50578 Kuala Lumpur  Tele: 03 - 2617 0800  Faks: 03 -2691 7457  Web : www.jupem.gov.my 
  • Facebook

Hakcipta Terpelihara (C) 2020 Jabatan Ukur dan Pemetaan Perak

Versi 3.0 | Tarikh Kemaskini : 24 Februari 2021